Saturday, December 28, 2019

ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA



SEREMBAN: Lebih 50 peratus pelajar daripada 2,776 pelajar sekolah rendah dan menengah yang dibuang sekolah di negeri ini tidak membuat rayuan untuk kembali bersekolah, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Dr Mohamad Rafie Ab Malek.
Mohamad Rafie berkata, jumlah itu adalah dalam tempoh lima tahun dan daripada jumlah berkenaan hanya 1,167 pelajar yang membuat rayuan untuk kembali ke sekolah manakala 1,609 pelajar tidak meneruskan persekolahan.
Menurut kenyataan di atas, 

Lebih 50 peratus pelajar daripada 2,776 pelajar sekolah rendah dan menengah yang dibuang sekolah di negeri ini tidak membuat rayuan untuk kembali bersekolah, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri,

Jumlah itu adalah dalam tempoh lima tahun dan daripada jumlah berkenaan  hanya 1,167 pelajar yang membuat rayuan untuk kembali ke sekolah manakala 1,609 pelajar tidak meneruskan persekolahan.

“Bagi tahun semasa bermula Januari hingga 31 Ogos lepas, seramai 392 pelajar dibuang sekolah dan 127 daripada mereka membuat rayuan dan diluluskan untuk kembali bersekolah.

Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan “Di dalam surat dibuang sekolah, penyataan untuk memohon menyambung semula persekolahan di Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) memang dinyatakan. Pelajar terbabit diberi peringatan untuk hadir bersama ibu bapa atau penjaga bagi melalui proses kaunseling serta tempoh hukuman mengikut Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 sebelum diluluskan untuk bersekolah semula”

JPNS belum pernah menolak permohonan murid yang ingin menyambung semula persekolahan mereka dan ini secara langsung menunjukkan proses pembelajaran anak-anak tidak terputus begitu saja walaupun mereka dibuang sekolah, katanya ketika menjawab soalan Chew Seh Yong (PH-Lobak) yang ingin tahu bilangan pelajar dibuang sekolah dan langkah kerajaan negeri untuk mengatasi masalah itu.

Mengulas lanjut Mohamad Rafie berkata JPNS melaksanakan program Ziarah Cakna di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah dalam usaha mengatasi masalah ponteng dan buang sekolah pada tahun ini.

“Program ini bukanlah baru dilaksanakan, cuma dijadikan agenda program wajib oleh semua sekolah, PPD dan JPN bagi melaksanakan usaha Kementerian Pendidikan serta pelbagai agensi yang berganding bahu dalam memastikan masalah pelajar dibuang sekolah dapat dikurangkan.




APA KEBURUKAN YANG AKAN BERLAKU???
Zainuddin mengingatkan pengunaan denda, hukuman, 
buang sekolah dan penahanan kelas tidak membantu 
dalam jangka masa panjang malah banyak mendatangkan 

keburukan berbanding kebaikan.
Wujud kebimbangan  pelajar yang dibuang sekolah akan terus hanyut memandangkan 50 peratus daripada pelajar yang buang sekolah tidak membuat rayuan.

Lebih teruk, mereka dibimbangi akan memberi reaksi anti-sosial sebagai kesan daripada rasa tidak puas hati mereka atas apa yang mereka sifatkan sebagai ketidakadilan. Pelajar yang dibuang sekolah juga berhadapan masa depan yang malap.
Kajian Laporan Gantung dan Buang Sekolah oleh Akademi Pediatrik Amerika pada 2013 menyatakan pelajar yang dibuang sekolah adalah 10 kali ganda lebih cenderung untuk terus berhenti belajar. Ini akan mengundang masalah yang lebih besar kepada pelajar itu sendiri dan komuniti.

Laporan itu juga menyatakan pelajar yang dibuang sekolah mendapat kurang peluang pendidikan dan pekerjaan. Mereka juga cenderung kepada aktiviti yang lebih buruk dan terdedah kepada individu yang mungkin memberikan lebih banyak pengaruh negatif.

Sementara itu pakar psikologi pendidikan dan pendidikan, Zainuddin Abu Bakar mengingatkan pengunaan denda, hukuman, buang sekolah dan penahanan kelas tidak membantu dalam jangka masa panjang malah banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.

“Individu yang tidak dapat ditangani secara ‘langsung’ dan ‘psikologikal’ sebenarnya memerlukan perhatian khusus untuk mengetahui punca sebenar mereka bertingkah laku sedemikian,” tulisnya dalam buku Psikologi Pendidikan.

“Kita perlu fahami tujuan sebenar mendenda atau meghukum pelajar sama ada untuk memuaskan hati kita, sekolah atau bertujuan untuk membantu pelajar kita belajar mematuhi disiplin - cuba mengubah tingkah laku mereka,” katanya.

Beliau juga menyuarakan kebimbangan apabila pelajar menganggap hukuman yang dikenakan ke atas mereka hanya kerana mereka tidak disukai.

Terdapat dalam pengurusan disiplin mengenai Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 : RAYUAN
  1. Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya atau dibuang sekolah di  bawah Peraturan 8(a) boleh membuat rayuan.
  2. Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang dibuang sekolah mengikut mana-mana perintah yang dibuat di bawah Peraturan 8(b) atau Peraturan 9 boleh merayu, dalam tempoh SATU BULAN dari tarikh murid itu dibuang sekolah atau dari tarikh perintah yang disebutkan dalam Peraturan 9(2) yang disampaikan kepadanya mengikut mana yang lebih lama, merayu kepada Menteri mengikut peruntukan-peruntukan SEKSYEN 90 DAN 91 ORDINAN.

SYARAT KEMASUKAN BALIK SEKOLAH 
  • Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah Peraturan 9 tidak boleh masuk balik ke sekolah melainkan jika perintah itu dimansuhkan terlebih dahulu oleh pihak berkuasa yang membuatnya.
  • Masuk atau dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah itu.
  • Diterima masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain tanpa kebenaran.







No comments:

Post a Comment

ABOUT ME ....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua , nak tahu tak adik manis dekat bawah ni siapa ? Here i'am nama diberi oleh kedua ...