Saturday, December 28, 2019

ABOUT ME ....


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua , nak tahu tak adik manis dekat bawah ni siapa ?






Here i'am nama diberi oleh kedua orang tua ku ialah Norshafikah binti Md Norisan, nama samaran aka FAMOUS  name ( Shaf, Shafikah, Eqa, Fika, and Pikachuu ) yang lahir pada 10 Mac 1997 ( masih muda bossku baru 22 tahun ehekk ) …











Anak kelahiran ? kawan saya sudah tunjuk ke arah gunung Kinabalu tu ( simbolik )… Ayah orang Pahang Darul Makmur dan ibu orang Sabah di Bawah Bayu… Saya merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik ( kalau kenal tak nampak macam sulung pun ). Mari kenali diri saya dengan lebih mendalam lagi tapi tak bolehlah dalam sangat nanti jatuh cinta ehakkk…






Saya merupakan pelajar lepasan Kolej Vokasional dan telah bergraduasi pada tahun 2017 ( tengok gambar dekat atas pun sudah tahu bah kan ) yang mengambil jurusan Agroindustri Ternakan Ruminan. Haaa tau tak ruminan itu apa ? mesti tak tahu ni kan… Ruminan adalah haiwan yang berkaki 4 dan mempunyai 4 bahagian perut seperti lembu, kambing, kuda, kerbau, seladang dan sebagainya. Tapi saya bukan seorang yang makan daging lembu dan saya juga mempunyai alahan terhadap tenusu ( pelik tapi benar ).







Nampak tak gambar dekat tepi ni ? Saya sedang melakukan Permanian Beradas terhadap lembu betina. Permanian Beradas ? apa tu ? dah jangan nak berkerut sangat kening ya. Permanian Beradas atau Artificial Insemination ( A.I ) adalah suatu teknik memasuk atau menyuntik air mani ( semen ) yang telah diproses ke dalam salur pembiakan betina ( uterus ) menggunakan peralatan yang spesifik.


Setelah tamat pengajian saya mengambil keputusan untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) persendirian. Sementara menunggu keputusan SPM keluar saya mula mencuba nasib untuk mengisi kemasukan ke IPTA dan Alhamdulillah rezeki saya datang dan menempatkan saya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya iaitu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian. Alhamdulillah sekali lagi saya telah lulus dalam SPM dengan memperolehi 1A 3B 1C 1D.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa dan sekeluarga, guru-guru dan pihak yang terlibat diatas segala sokongan dan juga dorongan kepada diri ini. Hanya Allah yang dapat membalas jasamu.
Wahai adik yang berada di luar sana ingatlah pesan saya “ janganlah kamu mengenal erti putus asa untuk berputus asa ”

MARI BERKENALAN BERSAMA RAKAN BARU SAYA ....



Okey tadi dah selesai mengenai saya, sekarang mari kita berkenalan bersama rakan baru saya yang comel ini. Nama diberi Tuan Nurul A'isyah Binti Tuan Ibrahim ( cantikkan nama dia ) berasal daripada Pasir Puteh, Kelantan ( walaupun saya tak pernah jejak kaki lagi ke Kelantan tapi saya ada rakan orang Kelantan tau ) . Berumur 21 Tahun dan merupakan siswa bagi jurusan Izajah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat. Saya lebih selesa memanggil kawan baru saya ini dengan panggilan Aisyah.

Sebenarnya saya mula mengenali Aisyah semasa semester 1 lagi dalam subjek Pengurusan Kokurikulum ( CMP2011 ) dan ditakdirkan kami satu kumpulan tau. Lalu takdir menemukan kami kembali pada semester 2 ini dalam subjek Pengurusan Pembelajaran ( KPS3014 ).  Aisyah merupakan seorang yang memegang tanggungjawab serta tidak suka menangguh tugasan yang diberikan. Bukan itu sahaja, Aisyah juga amat berkomitmen dalam menjalankan tugas secara berkumpulan walaupun pelbagai tekanan yang mendatang namun Aisyah tetap teruskan jua tanpa sebarang alasan untuk menyelesaikannya.

Hal ini dapat diterapkan sebagai seorang guru di masa akan datang kerana seorang guru hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap sesuatu perkara mahupun tugasan. Tidaklah seperti bak kata pepatah ibarat melepaskan batu di tangga. Bukan itu sahaja, dengan sikap Aisyah yang selalu mendengar dan menerima pendapat rakan sepasukan dengan hati yang terbuka. Ciri seperti ini amat pentinglah sebagai seorang pendidik kelak kerana sebagai seorang guru yang berpendidikan tinggi seharusnya menerima pandangan mahupun pendapat rakan sekerja dengan baik tanpa memujudkan pertelingkahan sesama sendiri.


Sekian sahaja mengenai kawan baru saya, kalau ada rezeki kita sekelas lagi tau… hehehehehe

ABOUT ME ....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua , nak tahu tak adik manis dekat bawah ni siapa ? Here i'am nama diberi oleh kedua ...